Sifat Huruf

 























Rujukan sumber lain:

SIFAT-SIFAT HURUF

PENGERTIAN

  • Dari sudut bahasa, sifat huruf bermaksud rupa khas sesuatu benda.
  • Manakala dari sudut istilah tajwid, sifat huruf ialah cara mengeluarkan sesuatu huruf sama ada nyaring, kuat, lembut dan sebagainya.
  • Sifat huruf yang masyhur terdapat 17 sifat dan terkandung dalam 2 kategori:
    1. Sifat yang berlawanan
    2. Sifat tunggal
    • Setiap huruf sekurang-kurangnya mempunyai 5 sifat daripada sifat-sifat berlawanan, kadang-kadang ditambah satu/dua sifat daripada bahagian sifat-sifat tunggal.

    • PEMBAHAGIAN SIFAT HURUF YANG BERLAWANAN
      1. Al-Hams (الهَمْسُ) iaitu nafas terlepas semasa menyebut hurufnya kerana lemah ia berpegang pada makhrajnya yang mempunyai 10 huruf.

      Hurufnya adalah ف ح ث ه ش خ ص س ك ت

      1. Al-Jahr (الجَهْرُ) iaitu nafas tertahan semasa menyebut huruf-hurufnya kerana berpegang kuat pada makhrajnya. Mempunyai 19 huruf.

      Hurufnya adalah ا ب ج د ذ ر ز ض ط ظ ع غ ق ل م ن و ء ي

       

      1. Al-Rakhawah (الرَّخَاوَةُ) iaitu suara terlepas semasa menyebut hurufnya keranan lemahnya berpegang pada makhraj. Mempunyai 16 huruf.

      Hurufnya adalah ا ث ح خ ذ ز س ش ص ض ط ظ غ ف ه و ي

      1. Al-Syiddah (الشِّدَّةُ) iaitu suara lantang dank eras, namun aliran suara tertahan dan mempunyai 8 huruf.

      Hurufnya adalah ء ج د ق ط ب ك ت

       

      1. Al-Istifal (الإِسْتِفَالُ) iaitu rendah dan keadaan lidah tenang dan tidak terangkat ke lelangit dan mempunyai 22 huruf.

      Hurufnya adalah ا ب ت ج ح د ذ س ر ز ش ك ع ل م ن و ء ث ي ف ه

      1. Al-Isti’la (الاِسْتِعْلاَءُ) iaitu suara tinggi, pangkal lidah terangkat ke lelangit dan mempunyai 7 huruf.

      Hurufnya adalah خ ص ض ط ظ غ ق

       

      1. Al-Idbaq (الإِطْبَاقُ) iaitu lidah melekat rapat dan tersusun, hujung lidah terangkat menghampiri lelangit dan mempunyai 4 huruf.

      Hurufnya adalah ص ض ط ظ

      1. Al-Infitah (الإِنْفِتَاحُ) iaitu terbuka, renggang antara lidah dan lelangit atas hingga keluar angina dan mempunyai 25 huruf.

      Hurufnya adalah ا ب ت ث ج ح خ د ذ ر ز س ش ع غ ف ق ك ل م ن و ه ء ي

       

      1. Al-Izlaq (الإِذْلاَقُ) iaitu licin, menyebut huruf dengan ringan dan cepat sama ada dihujung lidah atau kedua lidah dan mempunyai 6 huruf.

      Hurufnya adalah ف ر م ن ل ب

      1. Al-Ismat (الإِصْمَاتُ) iaitu melekat serta berat dan susah untuk menuturkannya kerana jauh dari hujung lidah dan kedua bibir dan mempunyai 23 huruf.

      Hurufnya adalah ا ت ث ج ح خ د ذ ز س ش ع غ ص ض ط ظ ق ك و ه ء ي














Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Perbezaan Nun Sakinah dan Tanwin

PERBEDAAN NUN SUKUN DAN TANWIN Apabila dicermati, ada 5 perbedaan antara nun sukun (sakinah) dengan tanwin. Hal ini dijelaskan oleh Syaikh‘A...