Selasa, 17 November 2020

Ijazah Dato' Hajjah Rogayah Sulong


SUMBANGAN DATO’ HAJJAH ROGAYAH BINTI SULONG DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TARANNUM AL-QURAN

Dato' Hajjah Rogayah Sulong juga mempelajari ilmu tajwid dan tarannum dengan suami beliau sendiri iaitu Megat Othman bin Megat Chik, Awang bin Muhammad dan Hj. Muhammad bin Awang Kechik atau dikenali sebagai Hj Mat Lintar pada tahun 1960-an. Kaedah pembelajaran sebegini juga diterapkan dalam pengajaran al-Quran dan tarannum kepada anak-anak murid beliau.Hajjah Rogayah juga telah memperolehi sijil talaqqi 30 juzuk al-Quran bersanad. Beliau juga diberi tauliah oleh Kerajaan Negeri Terengganu untuk mengijazahkan anak murid yang tamat belajar al-Quran dengan beliau sebanyak 30 juzuk al-Quran. Pelajar-pelajar yang berjaya menamatkan 30 juzuk al-Quran beserta dengan tajwid yang baik, fasahah dan mahir akan ditauliahkan oleh beliau dengan mendapat sijil yang khusus daripada beliau seperti yang terdapat dalam lampiran. Beliau tidak memberikan sijil secara sewenang-wenangnya. Bagi pelajar yang tidak mampu membaca dengan baik, tidak akan memperolehi sijil ijazah daripada beliau.


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Perbezaan Nun Sakinah dan Tanwin

PERBEDAAN NUN SUKUN DAN TANWIN Apabila dicermati, ada 5 perbedaan antara nun sukun (sakinah) dengan tanwin. Hal ini dijelaskan oleh Syaikh‘A...