Rabu, 18 November 2020

Ghunnah ( Dengung)

 






10-Nun/Mim: Sabdu/Ghunnah

Hukum yg berlaku pada Nun dan Mim bersabdu.

Ada 5 hukum bagi nun/mim bersabdu.
  1. Idram bi Ghunnah Musyaddadah
    Cara mengenalnya :
    1) Apa huruf2nya ? = Mim bersabdu atau Nun bersabdu. (Mim bertemu Mim. Nun bertemu Nun).
    - Jangan jawab "huruf Mim" dan "huruf Nun" saja, kerana nun dan mim yg "sukun" bukan berhukum dengan "Idram bi Ghunnah Musyaddadah".
    2) Sebelumnya ada baris satu ( sebelumnya bukan tanwin! Tanwin dua baris!)
    3) Dalam kalimah yg sama ..bermakna 2 huruf yg sama (samada mim atau nun) bertemu dalam satu kalimah.
    4) Kadar panjang dengung = 2,2 1/2, 3 harkat = diamalkan 2 harkat. (Kalau hingga 4 harakat dah terjadi penambahan huruf, maka tak boleh)
    Cara bacaan = Wajib didengung (Wajibul-ghunnah)
    > Contoh = inna, falammaa  إِنَّ   فَلَمَّآ

  2. Idram ma'al-ghunnah pada mim atau nun bersabdu
    Contoh >   فِيْ عَمَدٍ مُّمَدَّدَةٍ  Tanwin bertemu dengan mim  .. diletak sabdu atas mim oleh kerana berlakunya idram. Berlaku pada dua kalimah, dibaca dengung 2 harkat sahaja. Cara bacaan = Wajib didengung (Wajibul-ghunnah)
     
  3. Idram Syamsiyah bi ghunnah
    Contoh > مِنَ ٱلنَّاسِ    Lam ta'rif bertemu dengan nun .. diletak sabdu atas nun bersebabkan idram syamsiyah.. bukan bersebab 2 nun bertemu dalam satu kalimah. Cara bacaan = Wajib didengung (Wajibul-ghunnah)

  4. Idram mithlain soghiir
    Contoh > هُم مِّنكُمۡ  Mim yg "sukun" bertemu dengan mim .. diletakkan sabdu oleh sebab idram.
    Cara bacaan = Wajib didengung (Wajibul-ghunnah)

  5. Idram Mutajanisain bi ghunnah
    Contoh >  ٱرۡڪَب مَّعَنَا  Huruf ba' yg "sukun" bertemu dengan mim .. diletakkan sabdu atas mim oleh sebab idram.
    Cara bacaan = Wajib didengung (Wajibul-ghunnah)


https://sites.google.com/site/cerminhidup/tajwid/10-nun-mim-sabdu-ghunnah




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Perbezaan Nun Sakinah dan Tanwin

PERBEDAAN NUN SUKUN DAN TANWIN Apabila dicermati, ada 5 perbedaan antara nun sukun (sakinah) dengan tanwin. Hal ini dijelaskan oleh Syaikh‘A...