Mad Badal adalah Mad Far`ie yang disebabkan hamzah tetapi hamzah di sini adalah mendahului huruf mad. Huraiannya seperti berikut:
1.1 PENGERTIAN
Dari segi bahasa badal bermaksud tukar , iaitu pertukaran hamzah kepada huruf mad.
Dari segi istilah, mad Badal bermaksud huruf hamzah yang bertemu huruf mad dalam satu perkataan.
1.2 CONTOH
Hamzah bertemu alif | ءَادَمَ (البقرة: 31) | ءَامَنَ (البقرة: 13) |
Hamzah bertemu wau | أُوتًواْ(البقرة: 101) | َواُوذُوا (ال عمران:195) |
Hamzah bertemu ya’ | إِى( يونس:53) | إِيمَنًا(ال عمران:173) |
1.3 KADAR HARAKAT
Mad Badal boleh dipanjangkan 2 harakat sahaja di sisi Hafs `An `Asim.
1.4 HUKUM MAD BADAL
Hukum Mad Badal adalah yang Jaiz (harus) kerana ia harus dibaca dengan 2 harakat di sisi ulama Qurra’. Walaupun di sisi Hafs An `Asim dan kebanyakan Qurra’, ia dibaca dengan 2 harakah sahaja tetapi ada riwayat yang membacanya dengan 2, 4 atau 6 harakat seperti riwayat Warsh melalui aliran Al-Azraq. Oleh kerana perselisihan pendapat dalam menentukan kadar harakat inilah, ia dihukumkan sebagai Jaiz iaitu mad yang harus.
1.5 TANDA MAD BADAL
Mad Badal dapat dikenal dengan melihat huruf hamzah yang bertemu huruf mad dalam satu perkataan sama ada di awal, pertengahan atau akhir sesuatu perkataan. Sedangkan mad asli ialah huruf mad ynag didahului dengan huruf-huruf selain Hamzah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan