Rabu, 18 November 2020

Huruf Pembukaan Surah

 


Terdapat sebanyak 29 surah di dalam al-Quran yang dimulakan dengan himpunan huruf hija’iyyah. Tidak diriwayatkan sebarang hadith daripada Rasulullah SAW yang menafsirkan maksud huruf-huruf hija’iyyah yang menjadi permulaan sebahagian surah dalam al-Qur’an.

Namun ramai para ulama yang menyatakan bahawa melalui kaedah penelitian secara istiqra (induktif) terhadap al-Qur’an, huruf-huruf ini merupakan satu isyarat yang mengingatkan bahawa al-Qur’an ini adalah digubah dari jenis huruf-huruf yang sama seperti huruf-huruf yang digunakan oleh orang-orang Arab yang ditujukan al-Qur’an ini kepada mereka; namun al-Qur’an itu ialah gubahan yang bermu’jizat yang tidak dapat dilakukan oleh mereka meskipun menggunakan huruf-huruf yang sama.

Menurut Almarhum Syed Qutb, al-Qur’an ialah sebuah kitab yang mencabar mereka berkali-kali untuk mereka mencipta satu kitab yang setanding dengannya, atau sepuluh surah yang sama dengannya, atau satu surah yang setanding dengannya, tapi mereka tidak sesekali mampu menyahut cabaran itu. (Rujuk Tafsir fi Zilal al-Qur’an 1/33)

Kerana itu kebanyakan ayat selepas huruf-huruf hija’iyyah ini ialah berkenaan dengan al-Qur’an. Firman Allah SWT:

المص ﴿١﴾ كِتَابٌ أُنزِلَ إِلَيْكَ

MaksudnyaAlif, Laam, Miim, Saad. (1) (Al-Quran ini) sebuah Kitab yang diturunkan kepadamu (wahai Muhammad dari Tuhanmu)...

Surah al-A’raf (1-2)


Sumber : https://muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/3653-al-kafi-1353-maksud-huruf-hija-iyyah-pada-permulaan-surah


Asraaru Fawatih As-Suwar (Rahasia Ayat Pembuka Surat)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Perbezaan Nun Sakinah dan Tanwin

PERBEDAAN NUN SUKUN DAN TANWIN Apabila dicermati, ada 5 perbedaan antara nun sukun (sakinah) dengan tanwin. Hal ini dijelaskan oleh Syaikh‘A...